Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Neelofa: Tak benar saya disingkir dari program TN50
Diterbitkan:  Mar 2, 2018 1:10 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Aktres kontroversi Neelofa menafikan bahawa beliau disingkirkan daripada menyertai program Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berlangsung kelmarin.

Neelofa yang juga seorang usahawan berkata beliau mengambil keputusan tidak menghadiri acara itu setelah mendapat persetujuan daripada pihaknya dan penganjur, lapor Utusan Malaysia.

Selain itu katanya, ia merupakan langkah terbaik bagi memastikan acara itu tidak terkesan dengan kontroversi yang dialaminya.

“Keputusan itu adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

“Saya menghormati acara yang cukup bermakna itu dan sebolehnya tidak mahu program itu dikaitkan dengan mana-mana isu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Neelofa berkata demikian sebagai menjawab dakwaan bahawa beliau disingkirkan daripada menyertai program berkenaan susulan tindakannya yang melancarkan koleksi tudung terbaru di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur.

Program TN50 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition (MITEC) itu juga turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Neelofa turut meminta maaf dengan keputusannya yang menarik diri dari program itu.

“Saya mahu orang ramai menghadiri program itu memahami intipati serta objektif program tersebut,” beliau dilaporkan sebagai berkata.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS