Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Samat Salleh dalam kenangan
Diterbitkan:  Mar 14, 2018 1:39 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Ahli akademik, pelakon dan penggiat seni Prof Madya Dr Abdul Samat Salleh meninggal dunia di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang kira-kira 1.20 petang semalam.

Allahyarham yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di sisi keluarga.

Abdul Samat dirawat di hospital berkenaan sejak Januari lalu kerana penyakit paru-paru.

Berita kematian itu dikongsi di Facebook USM, tempat beliau pernah menjalankan tugas pada Mei 1984 sebelum bersara pada 2000. USM kemudian menyambung kontrak berkenaan sehingga 2016.

Abdul Samat memulakan kerjaya sebagai guru pada 1969.

Jenazah Abdul Samat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas malam tadi.

Nama Abdul Samat sinonim dengan pementasan naskhah-naskhah kontemporari, kreativiti dan sentuhan beliau menghidupkan apa jua naskhah sama di pentas mahupun kaca televisyen.

Arwah yang aktif berlakon drama televisyen sekitar 1990-an pernah mementaskan beberapa teater termasuk Bakawali dan Jula Juli Bintang Tujuh.

Lihat Komen
ADS