Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
G-Dragon rayu peminat henti hantar surat
Diterbitkan:  Mar 14, 2018 9:06 PM
Dikemaskini: 3:06 PM

Sebuah kem latihan ketenteraan kehabisan kertas selepas mereka terpaksa mencetak semua surat dihantar peminat anggota kumpulan Big Bang, G-Dragon yang sedang menjalani kursus wajib di situ.

Dihujani e-mel dari seluruh dunia, kem latihan ketenteraan itu dan syarikat menguruskan G-Dragon, YG Entertainment, merayu supaya peminat berhenti menghantar e-mel kepada bintang K-pop berkenaan.

“G-Dragon berdepan masalah kerana peminat menghantar terlalu banyak surat kepada pusat latihan berkenaan.

"Tolong jangan hantar surat lagi. Kami amat menghargai kerjasama anda,” kata YG Entertainment.

Di Korea Selatan, semua lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun - yang menjadi rakyatnya - diwajibkan menyertai kem latihan ketenteraan dan berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu selama dua tahun.

G-Dragon - atau nama asalnya Kwon Ji-yong - berkhidmat sebagai tentera mulai 27 Feb lalu dan ditempatkan di Cheorwon dalam wilayah Gangwon.

Dan sejak itu peminat tidak putus-putus mengirim e-mel kepadanya sebagai tanda sokongan.


Baca Syed Ali pertahan 'pelukan Rosmah'


Apa yang dialami penyanyi berusia 29 itu juga menyusahkan pihak tentera kerana anggota lain turut terjejas. Kekurangan kertas bermakna anggota tentera lain tidak dapat membaca surat yang dikirimkan kepada mereka.

“Semua e-mel perlu dicetak di atas kertas sebelum diedarkan kepada anggota tentera yang sedang berkhidmat, tetapi dakwat dan kertas A4 sudah habis.

"Keadaan ini dikesali G-Dragon kerana rakan-rakannya di situ berdepan kesukaran atas apa yang berlaku.

"G-Dragon berterima kasih kepada peminat yang prihatin terhadap tanggungjawabnya sebagai tentera.

“Pada masa sama dia memohon maaf kerana tidak dapat membaca semua e-mel yang dihantar kepadanya.

"Sekali lagi, tolong pertimbangkan situasi sulit ini,” kata YG Entertainment.

Lihat Komen
ADS