Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Menyedari bakat dimiliki tidak setanding penyanyi lain, usahawan produk kecantikan Nur Sajat mengaku dia merakam lagu sekadar suka-suka dan bukannya bertujuan meraih sebarang anugerah.

Malah seperti dapat mengagak reaksi umum, Sajat yang baru melancarkan single pertama Makhluk Penggoda semalam berkata, dia juga sudah bersedia sekiranya nyanyiannya dikecam orang ramai.

“Saya sedar diri dan tahu tahap keupayaan saya. Saya menceburi bidang nyanyian ini kerana berharap dapat mewarnai industri seni tempatan.

“Tetapi saya tidaklah sampai memasang angan-angan tinggi hendak menyertai pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu atau Anugerah Industri Muzik Malaysia.

“Kalau mulut-mulut bawang ini memang sudah wujud sejak awal saya ceburi perniagaan lagi, jika hendak tekan butang like atau dislike terserahlah,” katanya.

Makhluk Penggoda turut menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sebagai penyanyi undangan. Lagu itu dicipta vokalis Drama Band, Aepul Roza dan lirik hasil tulisan Iman Imran.

Sajat ditemui pada majlis pelancaran vlog yang berkonsep rakaman realiti Nur Sajat Rated Xtra di Bukit Jalil semalam.

Selain mengenai kehidupannya, vlog yang mula bersiaran sejak 28 Feb lalu di portal tonton.com.my itu turut memaparkan petua-petua Sajat sejak awal pembabitannya dalam perniagaan.

Boleh kejar sejak dulu

Sajat juga menepis dakwaan bahawa dia menceburi bidang nyanyian kerana ingin bersaing dengan pengusaha produk popular lain seperti Datuk Seri Hasmiza Othman mahupun Aliff Syukri yang masing-masing mempunyai sebuah single.

“Tidak boleh tuduh saya mencaras periuk nasi orang lain kerana rezeki itu masing-masing,” katanya.

Mengukuhkan lagi kenyataan itu menurut Sajat dia sebenarnya sudah lama menceburi bidang seni cuma namanya sebelum ini tidak pernah diketengahkan.


Baca Rimas isu 'kunyit' Sharnaaz terkenang Tok Mat


Katanya dia terlebih dahulu bergelar seorang penari di bawah Pak Ngah Production Sdn Bhd malah pernah bergiat dalam seni pementasan teater di Istana Budaya pada 2002.

Selain itu, Sajat juga pernah membuat kemunculan pertama dalam filem iaitu Ophilia arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin pada 2014.

“Jika gila glamor dari dulu lagi saya kejar.

"Tapi sudah termaktub untuk umum mengenali saya melalui bidang perniagaan terlebih dahulu,” katanya.

Lihat Komen
ADS