Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Siti Nurhaliza selamat lahirkan bayi perempuan
Diterbitkan:  Mar 19, 2018 11:05 AM
Dikemaskini: 3:06 AM

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pagi tadi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti Nurhaliza, 39 dilaporkan melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

Kedua-dua ibu dan bayi itu dilaporkan sihat dan ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.

Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.

"Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi," katanya yang turut menemani isteri kesayangannya itu di pusat perubatan berkenaan.

Pasangan berkenaan memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini, Siti Nurhaliza mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti Nurhaliza dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Lihat Komen
ADS