Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fazura tak tahu niat orang
Diterbitkan:  Mar 19, 2018 2:06 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura Sharifuddin mengambil sikap tidak menghiraukan sebarang provokasi dicetuskan pihak tertentu yang dilihat bertujuan memancing emosinya.

Bagi Fazura, seandainya memang benar wujud pihak yang berbuat demikian, perkara itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya.

“Saya pun tak nak bercakap tentang orang, tapi kalau orang nak cakap pasal saya pun terpulanglah kepada mereka.

“Itu bukan urusan saya kerana saya hanya mahu fokus kepada diri saya. Kalau orang lain nak fokus pada saya, itu terserahlah kepada mereka.

“Kita tidak tahu niat orang,” katanya seperti dilapor BH Online.

Kenyataan berkenaan diluahkan isteri Fattah Amin itu selepas ditanya mengenai dakwaan netizen yang mengaitkan dirinya dengan seorang pengacara popular dan usahawan wanita.

Pengacara terbabit dikatakan menyindir Fazura di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Sementara itu, menjelaskan produk bulu mata palsu keluarannya, #befaz, yang dilihat seolah-olah menyamai jenama lain, pelakon J Revolusi itu tidak menganggap ia sebagai isu besar.

"Secara jujur, kami sudah mula mengusahakan produk ini dan menjalankan kempen sejak tahun lalu. Cuma kami ambil masa untuk melancarkannya sejajar dengan penganjuran showcase ini.

"Kalau ada orang lain yang nak gunakan jenama itu pun tak mengapa... Saya OK saja jika nak berkongsi nama dan idea. Ini kerana saya sedar yang saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain," katanya.

Terdahulu, melalui showcase yang dibawa khas One Music, Fazura menghiburkan 400 peminat bertuah dengan mendendangkan lapan lagu termasuk berduet dengan suaminya dalam single Cinderella.

Fazura yang melancarkan album tahun lalu turut mencatat sejarah peribadi apabila 6,000 unit laris dan distrim lebih 5,000,000 kali menerusi jualan digital.

Lihat Komen
ADS