Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Stallone tak sedar aibkan diri sendiri
Diterbitkan:  Mar 22, 2018 9:33 PM
Dikemaskini: 3:45 PM

Keletah pelakon veteran Hollywood Sylvester Stallone dan aktor Bollywood Salman Khan yang saling memuji dan berbalas-balas dedikasi antara satu sama lain di media sosial tidak pernah gagal mencuri perhatian peminat.

Terbaru, bintang filem Rambo itu menggunakan alam siber untuk mengumumkan naskhah terbaru dibintangi Salman, Race 3 dengan memuat naik sekeping poster.

Namun, tanpa disedari, Stallone sebenarnya secara tidak sengaja memaparkan poster mengandungi wajah pelakon lain iaitu Bobby Deol.

“Ucapan selamat kepada hero berbakat Salman Khan untuk filem terbarunya Race 3! @beingsalmankhan,” katanya.

Dalam gambar itu, Bobby tampil dengan gaya rambut basah sambil mengenakan pakaian berwarna hitam dan berkaca mata. Sewaktu berdiri segak itu jugalah Bobby mengacukan senjatanya dengan aksi paling gagah.

Pada waktu sama, Salman turut berkongsi sebuah klip video memaparkan Stallone mendedahkan filem terbaru di bawah arahannya Creed 2 yang menampilkan Michael Jordan sebagai teraju utama.

Untuk rekod, selain Salman, Bobby memang antara nama yang disebut-sebut sebagai seorang daripada pelakon yang turut menjayakan Race 3.

Filem yang dijangka menemui penonton pada perayaan Aidilfitri tahun ini itu turut dibarisi aktres Jacqueline Fernandez, Anil Kapoor, Daisy Shah dan Saqib Saleem.

Malah melalui Twitter, Salman turut memuat naik poster Bobby itu diiringi kapsyen: Yash: Karakter utama.

Setakat ini, karakter terbaru Salman itu didedahkan sebagai Sikander manakala Jacqueline membawa watak Jessica.

Kehadiran Salman membuatkan Race 3 sebuah karya yang memang dinanti-nantikan peminat.

Malah nama pelakon Dabangg itu juga pertama kali dikredit sebagai penulis lirik lagu romantik untuk filem berkenaan.

Race filem yang pada asalnya diarahkan oleh Abbas Mastaan dan diterbitkan kali pertama pada 2008.

Bagaimanapun, untuk Race 3, ia akan disutradarai oleh pengarah dan koreografer Remo D’Souza tetapi masih mengekalkan penulis skrip sama untuk Race dan Race 2 iaitu Shiraz Ahmed.

Lihat Komen
ADS