Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Serina dakwa bekas suami permainkan Islam
Diterbitkan:  Mar 26, 2018 2:56 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Penerbit dan pelakon Serina Redzuawan mendakwa bekas suami mempermainkan agama selain berbohong untuk menutup kesalahan.

Menerusi laman Instagram, anak kepada chef popular Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu memuat naik rakaman wawancara Gavin dengan wartawan Melodi yang disiarkan semalam.

Dalam rakaman berkenaan, Gavin bertindak mempertahan dirinya dan mendakwa menjadi mangsa 'buli' Serina selain dituduh murtad.

Malah Gavin mendakwa dia berusaha keras untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

“Saya seorang muslim dan memeluk Islam sejak 3 tahun sebelum bertemu dengan Serina. Dan adik saya juga seorang Muslim.

“Saya berusaha sekeras mungkin untuk memberikan pendidikan kepada anak saya dengan menghantar ke kelas agama dan tambahan. Saya tahu serina selalu cakap dia yang buat, tetapi saya yang beri pendidikan agama kepada anak-anak,” kata Gavin.

Bagaimanapun Serina mendakwa Gavin berbohong kepada orang ramai dengan cuba mempergunakan agama Islam.

“Gavin bagus teruskan menipu masyarakat, berpura pura mempergunakan agama Islam. Betul Gavin yang berkeras nak cari ustazah, sebab I nak pilih dan cari dia tak benarkan.

“Ini semua dulu, sekarang langsung saya tidak dibenarkan masuk campur hal pembelajaran agama. Itu yang membimbangkan saya.

“Kalau betul nak ikut cara Islam kenapa tak nak solat? Puasa? dan tinggalkan benda haram,” katanya.

Serina sebaliknya mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa buli Gavin O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar.

“Apa pun kamu takkan boleh tipu Allah S.W.T nak tipu orang ramai minta simpati kononnya di buli di media sosial.

“Siapa yang buli siapa sekarang? Kamu dah lama buli saya bersabar. Kenapa kami tak boleh dedahkan kepada media dan peminat? Takkan nak biar terus dibuli penjajah!" katanya.

Dilarang jumpa atuk

Selain itu kata Serina punca utama dia dan bapanya terus mendedahkan perkara itu di media sosial kerana anak-anaknya dihalang bertemu datuk mereka oleh Gavin.

"Cuba putuskan kasih sayang datuk dan cucu-cucu, itukan kejam namanya!" katanya.

Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada 1 Jan 2010 sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada Ogos tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Rumah tangga mereka sebelum itu dilapor dilanda badai selepas pelbagai siri tuduh menuduh didedahkan Chef Wan melalui Instagram.

Pasangan itu juga dilapor tidak tinggal sebumbung selama dua tahun.

Ada bukti kes khalwat

Sementara itu Serina, 35, turut mendedahkan dia mempunyai bukti kukuh kes khalwat membabitkan bekas suaminya itu.

“Kena tangkap khalwat? Tak mengaku, beri alasan tak masuk akal kononnya tunang bantu jaga ketika pembedahan.

“Bagaimana sebelum pembedahan pun anak anak mengadu pada saya (dia) bawa perempuan tidur di rumah banyak kali, saya ada bukti perbualan bermesej tegur perbuatan dia. Langsung tak diendahkan Gavin.

“Akhirnya lebih parah lagi bila terus bersekedudukan. Itulah punca ditangkap khalwat! Jangan salahkan orang lain dan mengelak,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS