Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
JC Chee dicabar pikat 150 wanita di pasar malam Taiwan
Diterbitkan:  Mar 27, 2018 10:04 AM
Dikemaskini: 2:07 AM

Demi menjayakan watak seorang kaki perempuan, pelakon JC Chee sanggup menyahut cabaran pengarah dengan memikat sekurang-kurang 150 wanita di pasar malam di Taiwan.

Cabaran itu pula perlu dilakukan dalam tempoh sebulan demi menghidupkan watak buaya darat bernama Hao Wen bagi filem terbarunya yang diberi judul My Suprise Girl: Cinta Bidadari.

“Perlu berlatih seperti memikat wanita di pasar malam untuk mendapatkan nombor telefon mereka.

“Setiap hari saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lima nombor telefon daripada wanita berbeza selama sebulan," katanya.

Menurut Harian Metro, pelakon yang popular melalui filem Ola Bola pada 2016 bagaimanapun mengakui apa yang dilakukannya itu cuma latihan sebagai persediaan membawa watak dalam filem barunya.

JC Chee malah mengakui dia bukan seorang kaki perempuan seperti watak dalam filem yang akan dijayakannya itu.

Katanya, latihan selama sebulan itu adalah sebahagian daripada cabaran perlu diterima bagi menghidupkan sesuatu watak.

JC Chee aktor yang pernah memberikan kejutan kepada peminat selepas melakukan aksi menggairahkan dalam filem Get Hard: Tongkat Ali Kasi Keras yang disiarkan awal bulan ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS