Jika tidak kena pada gaya, sesuatu persoalan diajukan boleh mengundang fitnah.

Bagi pengarah drama dan suami Sheila Rusly, Jinggo, tidak salah untuk seseorang itu bertanyakan soalan, tetapi wajarlah ia menggunakan penggunaan ayat yang bersesuaian.

Kata Jinggo - atau nama sebenarnya Azman Yahya - ia bertujuan mengelak daripada tercetusnya salah faham dalam kalangan pembaca khususnya pengguna alam siber.

Jinggo membuat kenyataan itu di media sosial berhubung soalan Sheila dan krew produksi JS Picture Sdn Bhd tidak menunaikan solat sewaktu penggambaran program Ketuk-Ketuk Ramadan berlangsung yang diajukan di Instagram isterinya.

“Bertanya itu boleh.. tanyalah, tapi kita kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita menanyakan orang.

“Komen itu boleh tapi kita kena tahu macam mana nak menulis komen sebab usaha kita nak mengingatkan orang lain tapi komen kita pulak menfitnah orang lain... niat nak buat pahala... dosa pula yang dapat.

“Kalau jurukamera Tok Sidang tahu ni... pasti mereka akan melompat tanya: awak.. mana kautahu aku tak sembahyang?” katanya.

 

 

Assalamualaikum Malaya.. Barakah Friday orang malaya di mane saje komer berade... . Bertanya itu boleh yeong.. tanya lah tapi kita kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita menanyakan orang... komen itu boleh tapi kita kena tahu macamana nak menulis komen sebab usaha kita nak mengingatkan orang lain tapi komen kita pulak menfitnah orang lain.. niat nak buat pahala.. dosa lak yang dapat... . Kalau Cameraman Tok Sidang tahu ni..confirm dorang akan melompat tanya awak.. mana kau tahu aku tak sembahyang ? . Cara awak menulis sudah menghukum.. kami kerja kejar masa...solat WAJIB kami carik masa... . Awak kata azan berkumandang.. mana awak tahu kalau awak tak ada kat situ.. awak buat apa kat situ kalau awak tahu azan berkumandang? Kalau salah tulis... salah baca .. awak pon sama lah macam camerman camerman saya yang awak kata tak sembahyang tu... nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca... nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala? . Sebab itu Tok Sidang kata Think Positive Stay Positive! . Dah le tu Moh le kite Solat jumaat lepeh tu baru #ketukketukramadan di @giantmalaysia _ Kangar pukul 4pm ni komer... . Yeong kami nak pergi jumaat tauu...jangan tanya kat Masjid mana lak? ?? Lepeh tu kami Jamak sekali.. Yeong tahu ke Jamak tu apa.. kalau tahu Alhamdulillah.. kalau tak tahu belajor dulu baru komen ek! ???? . Get ready Geng tok Sidang GTS , Tok Sidang jumpe komer kejap lagi yeee .. . Katukkkkkkkk Katukkkkkkkk Ramadannnnn Alhamdulillah ? Muaa aha ahaha hadoiii makk aiii geli lak ati Tok Sidang niiii

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on

 

Panggilan Tok Sidang merujuk kepada Jinggo.

Ketuk-Ketuk Ramadan sebuah rancangan memasak popular yang sudah lama bersiaran dan mengumpul peminat tersendiri sejak ia diwujudkan.

Ia menjemput artis terkenal sebagai tetamu undangan untuk menunjukkan bakat memasak.

Menurut Jinggo sebagai umat Islam, kewajipan menunaikan solat sudah semestinya tidak diabaikan.

“Cara awak menulis sudah menghukum.. kami kerja kejar masa...solat wajib kami cari masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jinggo turut mempersoalkan sama ada individu yang mempertikaikan kewajiban menunaikan solat itu benar-benar berada di lokasi sama sewaktu mereka sedang mengadakan penggambaran.

“Awak kata azan berkumandang.... mana awak tahu kalau awak tak ada kat situ... awak buat apa kat situ kalau awak tahu azan berkumandang?

“Kalau salah tulis... salah baca .. awak pun samalah macam jurukamera saya yang awak kata tak sembahyang tu.

“Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca... nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?” katanya.