Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Saya tak sebut Malique, Gong Nekara tak sebut saya'
Diterbitkan:  Mar 30, 2018 1:05 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Penyanyi Altimet menggesa supaya segala spekulasi berhubung kisahnya menggunakan lirik dalam lagu untuk menghentam Malique dihentikan dengan segera.

Katanya, lagu Mambang yang dihasilkannya langsung tidak menyebut nama sesiapa, justeru umum tidak boleh terus-menerus membuat spekulasi bahawa ia mempunyai kaitan dengan bekas anggota kumpulan hip hop Too Phat itu.

Kata Altimet, begitu juga sebaliknya dengan lagu baru yang kononnya dihasilkan oleh Malique.

“Saya rasa dia tidak balas pun. Malique ada lagu barukah? Betulkah dia menggunakan anak didik dia?

“Nama saya ada disebut dalam lagu itu tak? Bukan pasal sayalah. Lagu saya ada sebut nama siapa-siapa tak? Bukan pasal merekalah,” katanya menjawab dakwaan itu.


Memetik laporan Harian Metro, pemenang kategori Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32 itu menjelaskan setiap lirik lagunya dibuat berdasarkan pengalaman sendiri.

Malah katanya, ia tidak dicipta malah bukan berniat untuk menyindir sesiapa dalam industri hiburan.

“Kita buat lagu berdasarkan pengalaman kita. Orang mentafsirkan lagu berdasarkan pengalaman mereka.

“Jadi kalau mereka kaki sindir atau sering disindir orang lain, mereka akan melihat ia sebagai sindiran dan terasa sendiri. Tetapi bagi saya, ia mencerminkan diri sendiri.

“Sebab itu dalam lirik Amboi misalnya saya ada sebut: ‘bukan nak sekolahkan korang tapi aku bahasakan aku’,” katanya ketika melancarkan album terbaru berjudul Air semalam.

Baru-baru ini terdapat segelintir peminat Hip Hop mendakwa lirik Mambang secara sengaja ditujukan kepada penyanyi yang sudah lama menghilang dari arena seni itu.

Dan sebagai respon, Malique didakwa netizen ‘menghadiahkan’ lagu Gong Nekara (bawah) yang dilancarkan beberapa hari selepas itu menggunakan anak didiknya Kmy Kimo bersama Lyca Sitko sebagai penyanyi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS