Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Datuk Sahak' ajak anak Kelantan balik mengundi
Diterbitkan:  Apr 18, 2018 5:32 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Buat anak Kelantan yang bakal pulang mengundi pada 9 Mei ini Mustafa Kamal ada pesanan khusus untuk melancarkan perjalanan masing-masing.

Kata pelakon veteran itu, anak Kelantan di perantauan mesti mencari jalan untuk pulang walaupun ia mungkin sukar.

Namun daripada pesanan yang dibuatnya itu Mustafa Kamal yang membawa watak Datuk Sahak dalam telefilem Pok Ya Cong Codei itu menegaskan mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk pulang mengundi.

“Kalu tak de sifat usaha, tak de sifat ikhtiar dalam diri, tak jadi. Itu sifat ore Kelate. Sebab itu lah kito ni dalam keadae (keadaan) macam mano sekali pun kena ikhtiar balik mengundi di Klate," katanya.

Pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijadual berlangsung pada 9 Mei depan dan anak Kelantan yang mencari rezeki atau belajar di negeri lain dijangka akan pulang beramai-ramai.

Keadaan itu juga menyebabkan berlaku masalah kesesakan lalu-lintas terutama semasa sambutan hari raya.

Biasanya undi anak Kelantan di perantauan itulah yang menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti di Kelantan.

Jelas berkempen untuk PAS, Mustafa Kamal berkata kepulangan mereka itu perlu bagi membantu mempertahankan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh parti berkenaan.

"Kerajaan negeri hok dengan dasar dia membangun dasar Islam.

“Kita sebagai rakyat Kelate rakyat Malaysia wajib balik mengundi. Kalau nak balik, jangan balik sore (seorang),” katanya dalam sebuah klip video ringkas yang dimuat naik di akaun Facebook Friends of PAS.

Bagi Mustafa, 56, dengan kaedah berkongsi kenderaan, seseorang mampu menjimatkan perbelanjaan.

“Pakat-pakat bayar minyok sikit sore, gilir-gilir. Tapi kena ada lesen la. Keselamatan itu mustahak,” katanya.

Selain itu, aktor berkenaan turut memberi cadangan untuk menyertai konvoi bagi memeriahkan suasana sempena PRU ke-14.

“Anak Kelantan duduk luar kena juga balik mengundi. Kita konvoi beramai-ramai. Yang sudah ada ni lebih 1,000 kereta. Jika ada sesiapa nak ikut konvoi PM abe mu. Kita balik mengundi untuk kerajaan la ni.

“Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita insya-Allah. Balik, jangan tak balik," katanya.

Lihat Komen
ADS