Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
'Mayday Madey’ geletek Dr M, pemimpin HARAPAN

Buku komik mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Pakatan Harapan diedarkan dalam kempen BN di Alor Setar.

Ia dikesan di sebuah kaunter di di luar Dewan Seri Mentaloon di kediaman menteri besar Kedah, bersama bahan-bahan kempen lain seperti kemeja T dan lencana.

Menteri besar sementara Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ketika itu bertemu pemberita di tempat itu.



Komik 20 muka surat itu bertajuk “Mayday! Mayday! Madey! Madey!”.

Mayday adalah panggilan kecemasan dalam bahasa Inggeris dan Madey pula ialah salah satu gelaran terhadap Mahathir.

Kulit depannya memaparkan Mahathir mengemudi sebuah pesawat BERSATU yang sedang menjunam berpusing-pusing dengan dialog berbunyi: “Alamak! Dia bikin u-turn la.”



Buku itu turut menggeletek Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, veteran DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Anak Mahathir yang juga naib presiden BERSATU Mukhriz turut menjadi sasaran sindiran.

Ia memaparkan tema tikam belakang sesama pemimpin pembangkang tetapi BN pula digambarkan bersatu padu.

Buku itu tidak menyebut nama dan maklumat penerbit. Tarikh penerbitan juga tidak dinyatakan.

MB: KL hantar mai ni

Ditanya berkaitan buku itu, Bashah memberitahu Malaysiakini beliau tidak tahu menahu dan hanya pertama kali melihatnya.

“Ini KL hantar mai ni. Siapa hantar mai pun tak tahu,” katanya sambil melihat buku itu.

"Yalah. Bagi orang ramai bacalah. Dia boleh terima atau tak terima, terpulang pada mereka. Ini pilihan raya memang adalah benda macam ni,” katanya lagi.



Komik itu kemudian dilihat diedar di jualan harga runtuh Umno Alor Setar di Kompleks Tun Adam Malik, Pertubuhan Peladang kawasan, bersama bahan kempen lain.

Turut diedarkan manifesto BN Kedah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS