Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sharnaaz rayu pengundi menangkan Azwan Ali
Diterbitkan:  May 8, 2018 5:07 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

PRU14 | Pelakon yang lantang mengkritik sesuatu isu jika dirasakannya tidak kena di hati, Sharnaaz Ahmad, hari ini menyatakan harapannya untuk melihat calon bebas, Azwan Ali, bergelar yang berhormat.

Matlamat Sharnaaz cuma satu, dia mahu melihat bagaimana gelagat Azwan jika benar-benar berjaya mengalahkan empat calon lain bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa di Selangor.

“Aku teringin tengok Abang Wan (Azwan) masuk parlimen. Tolonglah bagi dia menang, sumpah ini lawak tersedak asap bas aku dengan - “election lah bodoh” - hahaha…” katanya.

Sharnaaz, 32, membuat pengakuan itu di akaun Instagramnya.

Bagaimanapun untuk rekod Azwan tidak bertanding untuk kerusi parlimen, justeru jika menang pun dia tidak akan menjadi yang berhormat di Dewan Rakyat.

Jika menang, Azwan hanya akan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Jangkaan berlaku suasana kecoh memang bukan asing jika melihat kepada bagaimana aksi Azwan ketika berada di khalayak ramai.

Kenyataan Sharnaaz itu mengiringi satu klip video dimuat naik di Facebook Maklumat Untuk Rakyat yang memaparkan bekas pengacara TV3 itu berkempen.

Dalam video berkenaan, Azwan yang memakai baju warna merah dilihat sedang bertanya kepada kru penggambaran mengenai sebutan betul bagi pilihan raya dalam bahasa Inggeris.

 

 

“...tengah bertugas...terima kasih kru-kru lambaian Ilahi menjelang erection... erection ke election?” soalnya.

Tidak berapa lama selepas itu, soalan berkenaan kemudian dijawab sendiri oleh Azwan.

Election la bodoh,” katanya membetulkan bunyi perkataan yang dilafazkan.

Sharnaaz pelakon filem Juvana dan dan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu pernah berbalas-balas sindiran dengan Azwan di media sosial pada 2014.

Dia menyelar tindakan Azwan tidak sensitif kerana berswafoto sewaktu rakyat Malaysia sedang bersedih dan menyambut kepulangan jenazah mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Untuk memenangi PRU ke14 esok, Azwan menggunakan pendekatan kempen “memenangi perut rakyat" seperti yang dijanjikan dalam manifestonya.

Setakat ini Azwan sudah menjamu penduduk Bukit Antarabangsa dengan juadah rendang dan bihun hailam.

Azwan akan bertanding menentang abangnya, Datuk Seri Azmin selain Ketua Salwa Yunus (BN) Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM) dalam pertandingan lima penjuru kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Untuk rekod, Azmin bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

“Umum sudah tahu perjuangan saya adalah ingin mengalahkan Azmin,” kata Azwan.

Lihat Komen
ADS