Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan

Selepas dua tahun, larangan ke luar negara terhadap kartunis Zunar hari ini ditarik balik oleh pihak imigresen.

“Walaupun larangan ke luar negara ditarik balik, saya akan teruskan tindakan undang-undang terhadap kerajaan lama supaya perkara itu tidak lagi berlaku pada saya dan kartunis-kartunis politik lain di Malaysia pada masa depan,” katanya.

Kartunis yang nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque itu dilarang ke luar negara sejak Jun 2016 ketika hendak mengadakan pameran di Geneve, Switzerland.

Zunar didakwa mahu memburuk-burukkan kerajaan di luar negara melalui pameran itu.

Beliau mencabar larangan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi permohonan itu ditolak pada November 2017.

Zunar kemudian merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Zunar berkata beliau terkejut dengan penarikan balik larangan itu kerana cepat dibuat selepas kerajaan baru memerintah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS