Philip Roth meninggal dunia
Diterbitkan: May 23, 2018 9:40 PM | Dikemas kini: May 23, 2018 9:47 PM
Tokoh sastera Amerika Syarikat Philip Roth dilaporkan meninggal dunia pada Selasa malam, ketika berumur 85 tahun.
Kawan baiknya Judith Thurman berkata kematian mendiang berpunca daripada masalah kegagalan jantung.
Novelis yang terkenal dengan karya-karyanya berkaitan pengalaman Yahudi-Amerika itu telah memenangi pelbagai anugerah kesusasteraan semasa hayatnya.
Antara novel terkenalnya termasuk American Pastoral, I Married a Communist dan The Human Stain.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.