Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Amy bakal timang cahaya mata pada usia 60
Diterbitkan:  May 25, 2018 12:32 PM
Dikemaskini: 4:48 AM

Vokalis kumpulan rock legenda Amy Search berkongsi rasa kesyukuran selepas hasratnya untuk menimang cahaya mata lagi ketika berusia 60 tahun bakal dikabulkan.

Amy melalui Instagram mendedahkan berita gembira itu selepas isterinya Norish Hassan disahkan hamil.

“Isteri aku mengandung sebulan yeahhhhh!!!! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun nak timang anak lagi,” katanya.

Turut mengiringi perkongsian itu adalah sebuah klip video ringkas memaparkan Norish menjalani pemeriksaan doktor bagi imbasan bayi dalam kandungan.

Beberapa minit sebelum itu Amy juga memuat naik ujian kehamilan (UPT) yang diambil isterinya yang memaparkan keputusan positif.

 

 

“Korang (anda) semua doakan semoga aku berjaya. Saya cintakan kamu @qasander,” katanya lagi.

Pasangan itu berkahwin pada Oktober 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9.

Amy juga dikurniakan dua anak melalui perkahwinannya sebelum ini iaitu Nabila Huda, 33, dan Irisha Myra, 20.

Lihat Komen
ADS