Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syafiq Kyle: Hentikan klip lucah atau berdepan saman
Diterbitkan:  May 29, 2018 9:31 PM
Dikemaskini: 1:48 PM

Selepas dua hari dilihat berdiam diri susulan penyebaran klip video lucah yang dikaitkan dengan dirinya, akhirnya pelakon Syafiq Kyle hari ini tampil memberikan kata dua.

Menurut Syafiq, 25, pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang mengenal pasti jalan terbaik bagi menyelesaikan isu terbabit.

"Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memastikan kesulitan ini dapat dimuktamadkan dengan segera. Adalah baik jika perkara ini tidak dipanjangkan lagi selain menghormati bulan Ramadan.

"Jika ia masih berpanjangan, kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Instagram petang tadi.

Sejak Ahad lalu tular video pendek memaparkan seorang lelaki yang wajahnya mirip Syafiq dengan seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Mira.

Kedua-dua individu terbabit dilihat berbual perkara lucah manakala seorang daripadanya mengajak mengadakan hubungan seks sekiranya bertemu. Video berkenaan mendapat reaksi meluas pengguna media sosial.

 

Assalamualaikum ✨

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Selain itu, muncul pula pihak yang menawarkan rakaman penuh video berkenaan dengan bayaran RM20 kepada netizen yang ingin menyaksikannya.

Selain itu, Naib Juara Hero Remaja 2012 itu juga mendakwa tangkap layar perbualan dia dengan individu lain telah disunting.

"Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak betul dan tidak berasas sama sekali yang hanya bertujuan sekadar mahu menangguk di air yang keruh.

"Difahamkan, 'screenshot' tersebut telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab, dan profil individu terbabit juga menggunakan gambar yang telah dicuri dari pemilik asal, seorang warga Filipina," jelasnya.

Melalui kenyataan itu juga Shafiq mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya dalam menempuh ujian dihadapi.

"Ini pengajaran terbaik yang hanya akan mematangkan lagi Syafiq pada masa hadapan.

"Maaf jika teks atau panggilan tidak terjawab kerana Syafiq perlu menyelesaikan kesulitan ini dengan cermat dan berhati-hati," katanya.

Lihat Komen
ADS