Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Sempena meraikan kekalahan BN dan menunaikan niat yang dibuatnya sebelum ini, aktivis seni Rahmat Haron memotong rambut yang disimpannya hampir 20 tahun.

Kata Rahmat, ia ibarat melunaskan niatnya kerana sebelum ini dia berazam tidak akan memotong rambutnya selagi BN berkuasa.

"Tak ada apa. Kini Umno BN dah jatuh. Saya harap kedaulatan undang-undang tertegak terhadap amalan rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa.

"Saya juga berharap tiada lagi amalan rasuah dalam negara,” katanya kepada Malaysiakini.

Rahmat yang aktif mengkritik penindasan rejim BN melalui medium seni persembahan dan penulisan menyimpan rambutnya sejak sebelum pilihan raya umum (PRU) 1999. 

Susuknya sering menarik perhatian di acara-acara protes dan kesenian sama ada membacakan sajak atau sebagai peserta demontstrasi.

Kemudian selepas PRU 2004, rambutnya dipintal menjadi gaya dreadlock dan memasang azam untuk hanya memotongnya selepas kekalahan Umno BN.

Hari ini, di depan lebih 50 hadirin, Rahmat memotong rambutnya selepas majlis berbuka puasa kakitangan Malaysiakini di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, Ketua Pegawai Eksekutif Pramesh Chandran, sasterawan negara Datuk  A Samad Said dan aktivis Pyanhabib turut hadir memeriahkan acara berkenaan.

Terdahulu Rahmat juga membuat persembahan secara simbolik dengan membasuh dulang tembaga berkarat yang memaparkan lorekan bangunan Parlimen pada malam kelmarin.

“Tidak ada yang kekal selamanya. Wujud sementara. Makhluk fana yang tetap hanyalah perubahan.

“Jadi apalah sangat cerita rambut daripada Umno BN kehilangan kuasa.

“Jadi tinggal slogan Umno dulu, bukan kini dan tak selamanya,” katanya.

Selain merupakan aktivis politik, Rahmat juga dikenali sebagai penulis Utopia Trauma, buku kumpulan puisi yang diturut menjadi kameo dalam filem Kami. Buku kumpulan puisi terbarunya Yang Terbangsat diterbitkan pada 2017.

 

Lihat Komen
ADS