Platform e-dagang rentas sempadan dan kesetiaan pemasaran, 28Mall.com, akan menganjurkan acara Facebook LIVE di www.FB.com/28MallAsia pada 10 Jun mulai pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di mana 10 peratus hasil jualan akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Platform itu mempunyai lebih 400 jenama premium produk produk kecantikan, elektronik, telefon mudah alih, bayi, kesihatan dan fesyen.

Laman web ini menawarkan sehingga 28 peratus mata rebat tunai kepada pelanggan, manakala anggota baru diberikan mata HongBao Percuma bernilai RM111.60 (US$28). Setakat ini ia telah menarik pelanggan dari lebih 12 negara.

Hos acara dan duta 28Mall.com, Amber Chia, akan membuat ulasan produk dari Malaysia, Korea, Jepun dan Eropah semasa siaran tersebut. Produk berkenaan akan dijual pada harga istimewa, dengan ada di antaranya sehingga 70 peratus. Terdapat juga hadiah bernilai RM1,000 untuk penonton.

28Mall.com juga akan menganjurkan Karnival dan Anugerah Individu Berpengaruh Asia (AICA) 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 17 Julai ini. Ia juga termasuk bengkel pemimpin pendapat utama (KOL) mengenai cara melakukan siaran langsung, menarik peminat dan bagaimana jenama boleh menghasilkan kandungan dengan individu berpengaruh.

Antara yang akan berucap di AICA ialah Amber Chia (yang mempunyai 800,000 peminat), Ashley Drift Princess (300,000 peminat), Lin Yuan Shan dari China (2.3 juta peminat) dan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Singapura dan Indochina, Kenny Ong.

Jenama dan peniaga yang menaja acara AICA boleh menjangkakan siaran langsung itu mencapai lebih empat juta penonton. Majlis makan malam gala juga dirancang bagi penyampaian anugerah individu berpengaruh Asia serta pertandingan ‘Miss Talent International’.

Pembelian tiket awal boleh didapati pada kadar menarik yang bermula dari hanya RM688 manakala tiket VIP dibeli melalui www.AsiaInfluencers.com bermula dari RM988.