Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Lepas Dr M, Siti beraya di rumah Anwar pula
Diterbitkan:  Jun 17, 2018 6:03 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Sehari selepas beraya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hari ini berkunjung ke rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula.

Penyanyi nombor satu negara itu datang bersama-sama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, anak tirinya Aazief dan tentu sekali anaknya Siti Aafiyah.

Beliau turut berkongsi kunjungan itu dengan lebih lima juta pengikutnya di Instagram.

"Alhamdullillah berpeluang menziarahi dan beraya bersama TPM (timbalan perdana menteri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, insan yang tabah dengan dugaan," kata Siti mengiringi gambar itu.

Sementara itu, Wan Azizah juga memuat naik gambar kunjungan Siti dan keluarga di akaun Instagramnya.

"Terima kasih Datuk K (nama timangan Khalid) dan Datuk Seri Siti datang beraya. Semoga ukhwah berkekalan," kata Wan Azizah.

Berbeza dengan segelintir selebriti lain, Siti dilihat lebih berhati-hati dalam menunjukkan kecenderungan politiknya terhadap mana-mana pihak walaupun umum mengetahui beliau seorang pengkagum Dr Mahathir.

Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14 lalu disifatkan Siti sebagai "hari yang bersejarah" menerusi hantaran di Instagram 10 Mei lalu.

Selaku tokoh disegani dalam industri hiburan, beliau turut menjadi salah seorang yang berjumpa dengan Majlis Penasihat Kerajaan bagi mengemukakan cadangan untuk hal-hal berkaitan seni dan budaya negara.

 

Terima kasih Datuk K & Dato’ Siti datang beraya. Semoga ukhwah berkekalan

A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on

Lihat Komen
ADS