Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kartunis Tembakau meninggal dunia
Diterbitkan:  Jun 18, 2018 11:48 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Kartunis Tembakau yang terkenal dengan siri karikatur Kartini pada penghujung 1990an meninggal dunia pagi ini akibat komplikasi jantung.

Allahyarham Azhar Ahmad, 46, menghembuskan nafas terakhir jam 10 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Azhar dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) hospital tersebut minggu lalu selepas mengalami serangan jantung.

Sahabat beliau, Alwi Mohd. Yunus dipetik Utusan Online sebagai berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

“Pihak Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) kini sedang menguruskan penghantaran pulang jenazah Azhar ke kampung halamannya di Padang Rengas, Perak untuk dikebumikan.

“Pemergian allahyarham adalah satu perkara yang mengejutkan dan kehilangan besar buat kami kerana beliau merupakan inspirasi besar buat rakan-rakan dan adik-adik sesekolahnya di SMKASAS,” maklum Alwi yang juga pengerusi alumni sekolah berkenaan.

Kartini pernah disiarkan majalah Lanun pada akhir 1990-an menampilkan ragam sekumpulan pelajar sekolah menengah agama berasrama.

Watak utama, Ariyon atau Muhammad Asri digambarkan sebagai pelajar nakal dan menaruh hati kepada pelajar junior, watak karikatur bertudung, Kartini. Siri Kartini juga beberapa kali diterbitkan dalam bentuk koleksi.

Lihat Komen
ADS