Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
FINAS sahkan 'kehadiran' SPRM
Diterbitkan:  Jun 20, 2018 3:43 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan “kehadiran” Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Hulu Kelang pada 7 Jun lalu.

“Sehubungan dengan itu, FINAS telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dalam menjalankan prosedur yang telah ditetapkan dan FINAS tidak akan bertolak ansur ataupun berkompromi dengan mana-mana pihak yang melibatkan elemen rasuah, ketirisan ataupun penyalahgunaan kuasa.

“Sekiranya terdapat elemen yang melanggar undang-undang, tindakan tegas hendaklah diambil serta-merta bagi menangani perkara ini, kata ketua pengarah perbadanan itu Datuk Fauzi Ayob.

Fauzi berkata demikian susulan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo berkaitan peruntukan FINAS yang dipertikaikan.

Gobind semalam berkata SPRM sedang menyiasat beberapa peruntukan FINAS tahun lalu dan menegaskan tiada tolak ansur terhadap amalan rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa dalam mana-mana jua agensi atau jabatan bawah bidang kuasanya.

Laporan itu tidak merujuk secara khusus peruntukan yang dipertikaikan itu.

Lihat Komen
ADS