Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Aizat, Amira tampil di konsert Padi Reborn
Diterbitkan:  Jun 21, 2018 11:52 AM
Dikemaskini: 4:45 AM

Hanya tinggal beberapa hari lagi peminat kumpulan Padi Reborn bakal menyaksikan konsert band kegemaran mereka selepas menunggu selama tujuh tahun.

Menariknya, selain melepaskan kerinduan kepada band kesayangan, konsert yang dijadual berlangsung pada 30 Jun di KL Live Centre itu akan turut menampilkan Aizat Amdan sebagai penyanyi undangan.

Malah penyanyi yang kini popular dengan lagu Sampai Ke Hari Tua itu akan turut berduet dengan kumpulan yang asalnya dahulu dikenali sebagai Padi.

“Undangan ini merupakan sebuah penghargaan buat diri saya,” kata Aizat dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Aizat yang merupakan peminat tegar kumpulan Padi berhasrat merahsiakan lagu yang bakal dipersembahkan sebagai memberi kejutan pada konsert itu nanti.

Menurut penganjur, persembahan Aizat merupakan salah satu gimik yang bakal disaksikan pada konsert yang bermula jam 8 malam itu.

Selain Aizat, kumpulan Pitahati dan pemuzik cilik, Amira Syahira turut dijemput sebagai artis undangan.

Amira yang sebelum ini mendapat perhatian kerana kebolehannya bermain dram pada usia yang muda, akan bergabung dengan Yoyo Prasetyo, seorang pemain dram dari Padi Reborn.

Bagi Amira yang berusia 15 tahun, konsert Padi Reborn merupakan platform terbaik untuk mengembangkan bakat dan menonjolkan kebolehan diri.

Dalam pada itu, bagi peminat yang masih belum mendapatkan tiket, pihak penganjur berbesar hati menawarkan harga promosi sempena musim perayaan.

Untuk tiket platinum dijual pada harga RM169 manakala tiket Meet and Greet boleh didapati pada harga RM275. Manakala mereka yang membeli dua tiket platinum akan diberi harga promosi RM299 untuk sepasang tiket.

Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini pula boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza) untuk mendapat tiket pelajar pada harga RM130 dibawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) .

Bagi tujuan promosi dan memeriahkan lagi suasana menunggu ketibaan hari konsert, pihak penganjur mendapat sokongan kumpulan-kumpulan tempatan yang muncul dalam acara Sundaze Pre Party of Padi Reborn Exlusive Live in KL.

Acara yang akan diadakan pada 24 Jun ini di The Bee Publika bermula 3 petang ini akan menyaksikan persembahan oleh kumpulan seperti SOG, Margosa, Kapow, Oceanlights dan Pesawat.

Lihat Komen
ADS