Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syed Saddiq nafi jalin hubungan romantis dengan cucu Dr M
Diterbitkan:  Jul 3, 2018 1:19 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan beliau mempunyai hubungan cinta dengan salah seorang cucu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq dengan tegas menyatakan desas-desus itu sebagai palsu.

“Ada tular mesej berhubung perkara itu dan ia tidak benar.

“Cerita itu memang tidak benar,” katanya kepada pemberita di Kementerian Belia dan Sukan, (KBS), Putrajaya hari ini.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu hari ini secara rasmi memulakan tugasnya di KBS selepas sesi serah tugas yang dihadiri menteri terdahulu, Khairy Jamaluddin.

Yang Berhormat (YB) itu melakar sejarah apabila menjadi menteri penuh termuda di Malaysia, memadam rekod Datuk Seri Najib Razak sewaktu menjawat jawatan menteri belia dan sukan ketika berusia 33 tahun.

Bak selebriti, sejak memenangi pilihan raya umum ke-14, pada 9 Mei lalu untuk kerusi parlimen Muar, kisah Syed Saddiq sentiasa mencuri perhatian umum.

Beliau kian menjadi sohor di media sosial apabila kisah peribadinya dicungkil dan mendapat perhatian di kalangan pembaca, terutama selepas mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya.



Terdapat spekulasi hubungannya dengan seorang aktres jelita Emma Maembong (atas) tetapi perkara ini dinafikan mereka.

Sementara itu, mengulas lanjut gosip berkaitan dirinya, Syed Saddiq berkata, beliau sendiri memang maklum khabar angin berkaitan dirinya sentiasa dijaja orang.

“Terlalu banyak kisah mengenainya sampai saya tidak tahu mana yang benar.

“Ada juga terdapat kisah lain, ini saya terima tiga hari lalu yang menyatakan saya sudah bertunang,” katanya yang masih bujang.

Lihat Komen
ADS