Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Janna Nick tak melatah dilabel gedik, sedia perbaiki diri
Diterbitkan:  Jul 18, 2018 2:35 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Bukan mudah untuk memuaskan hati ramai jika bergelar seorang selebriti, namun bersikap terbuka dengan kritikan mungkin dapat membantu.

Demikian pendekatan yang diambil pelakon yang kini juga pengacara Janna Nick apabila dia dilabel seorang pelakon lain sebagai “gedik” kerana disifatkan "berlebih-lebihan" dalam melaksanakan tugasnya.

Tidak cepat melatah dengan kritikan diberikan, Janna berkata, dia menghormati sebarang saranan membina bagi mengembangkan potensi dirinya sebagai anak seni.

“Saya menghormati pendapat orang lain dan menghargai kritikan membina kerana mahu memperbaiki diri dan menjadi seorang yang lebih baik,” ciapnya di Twitter.

 

 

Janna atau nama asalnya Nurul Jannah Muner mengeluarkan kenyataan itu selepas Syazwan Zulkifli memberi komen berbaur sindiran terhadapnya semasa dia mengendalikan rancangan hiburan Melodi baru-baru ini.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas individu yang dimaksudkannya, Syazwan menyamakan keadaan industri sekarang tidak ubah umpama "tahap monyet" apabila dia melihat seorang pengacara Melodi tampil dengan aksi yang tidak disenangi.

“Terasa tahap monyet pula industri aku ni bila tengok pengacara perempuan Melodi ni tergedik-gedik terkinja-kinja handle program ni,” ciapnya, juga di Twitter.

 

 

Dalam pada itu, Janna, 23, yang juga penyanyi berpendapat sebagai seseorang yang berfikiran terbuka dia percaya sesuatu teguran sepatutnya boleh disampaikan dalam cara yang lebih bersesuaian.

“Saya percaya terdapat cara untuk sampaikan mesej dalam cara yang positif dan saya terbuka untuk menerimanya,” ciapnya lagi.

Sementara itu, Syazwan dalam satu kenyataan menyatakan dia memohon maaf sekiranya kata-katanya mengguriskan perasaan aktres itu selain memaklumkan tegurannya dibuat dengan niat yang ikhlas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS