Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nak melentik biarlah depan orang halal, kata PU Amin
Diterbitkan: Β Jul 20, 2018 5:29 PM
β‹…
Dikemaskini: 9:36 AM

Personaliti TV yang hadir melalui program realiti Pencetus Ummah, PU Amin tampil memberi teguran pada saat “kiki challenge” kian menjadi ikut-ikutan sebilangan besar pengguna media sosial di seluruh dunia.

Hal itu turut mempengaruhi masyarakat di sini, termasuk selebriti tempatan.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa secara khusus, pendakwah itu menujukan nasihatnya buat golongan wanita yang dianggap perlu sentiasa menjaga kehormatan diri.

“Aku cuma nak cakap, ingat dalam al-Quran ada surah an-Nisa, surah yang Allah SWT buat khusus untuk memuliakan dan menghormati wanita.

“Nak menari, berjoget lentik macam mana pun buat dalam rumah depan orang yang halal,” katanya yang turut mengiringi status itu dengan sebuah klip video di Instagram.

Sejak Jun lalu, netizen mula memuat naik klip video mereka menari di luar kenderaan atau tempat terbuka menggunakan lagu penyanyi rap Canada, Drake berjudul In My Feelings.

 

 

Tadi aku terkesan bila aku nampak depan mata budak perempuan marah ngomel ngomel dengan bapak dia sebab bapak dia tak record betul betul masa dia tengah joget nak buat keke challenge ntanh pebende ntah. . Aku cuma nak cakap ingat dalam Al Quran ada Surah An Nisa , Surah yang Allah Swt buat khusus untuk memuliakan dan menghormati wanita . Nak menari berjoget lentik macam mana pun buat dalam rumah depan orang yang halal.. . Pesanan dan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku abang bebel. Adeh lepas satu satu budaya pamer maksiat ni wujud . Aku hanya mampu menegur sahaja . Kalau marah tak suka maknanya korang tengah makan cili . Babai Everybody ✌🏻Aku tegur bukan sebab aku ni budak skema baik soleh ya malaikat , tapi aku tak nak masyarakat buat benda pelik pelik yang tak ada manfaat.. . Nabi sabda : ‘Tinggalkan benda yang tidak bermanfaat’ . So korang sharelah nasihat aku kat FB sebab FB aku kena block lagi ni . #Jangan #Jadi #Pembaris

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

 

Kiki challenge atau di sesetengah tempat lain dikenali sebagai sebagai #dotheshiggy mula diperkenalkan seorang pelawak popular di media sosial yang dikenali sebagai Shiggy.

Shiggy menari dengan latar belakang lagu In My Feelings - dari album berjudul Scorpion - sebagai tanda apresiasinya kepada buah tangan terbaru Drake itu pada 29 Jun lalu.

 

 

Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim pada status berlainan pula berkata, cabaran media sosial sebegitu meruntuhkan nilai moral seseorang penganut agama Islam.

“Bila aku tegurm ramai kecam balik, tapi ini satu trend yang menjahanamkan nilai moral orang Melayu Islam,” katanya.

Mengakhiri status berkenaan, Amin yang dalam perjalanan membaca khutbah untuk solat Jumaat tadi - dalam nada menyindir - turut berharap agar tiada pengguna alam maya menari tarian tular berkenaan bagi menghormati hari yang mulia ini.

“Aku minta maaf banyak banyak kalau ramai marah, ramai kata ketinggalan zaman.

“Hari ni hari Jumaat, harap harap tiada siapa yang berjoget buat benda ni masa OTW (dalam perjalanan) pergi solat Jumaat sebab kejap lagi aku baca khutbah dekat Masjid Ar Raihan Kajang, aku nak cerita pasal Kiki dan Transsss,” katanya.

Lihat Komen
ADS