Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mengeluh Jakarta panas, Lorde pun tanggal baju
Diterbitkan:  Jul 22, 2018 4:46 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Membahang dan berpeluh, namun Lorde tetap meneruskan persembahannya dengan bertenaga di Jakarta sempena We The Fest pada malam tadi.

Malah dalam cuaca yang sebegitu pemenang Anugerah Academy itu tetap menampilkan persembahannya dengan stamina tinggi.

Cuma beberapa kali dia mengeluh dengan masalah cuaca yang pada tubuhnya yang dirasakan sangat panas.

Justeru di tengah persembahannya itu Lorde, 21, sempat membuka pakaian luarnya yang jarang dan meninggalkan coli sukan saja pada bahagian atas tubuhnya.

"Berada di sini untuk kali pertama membuatkan saya gugup," kata penyanyi kelahiran Takapuna di Auckland, New Zealand itu dan dipetik Tempo hari ini.

We The Fest ialah acara tahunan melibatkan pertunjukan seni, muzik, fesyen dan makanan yang diadakan saban tahun sejak 2014.

Bagi kategori muzik pelbagai genre dipersembahkan termasuk pop, rock, indie dan muzik elektronik.

Lorde sempat menyampaikan pelbagai lagu popularnya seperti Sober, Magnets, Liability dan Homemade Dynamite.

Untuk membeli jiwa peminat Lorde turut bercakap menggunakan beberapa patah perkataan bahasa Indonesia, seperti "terima kasih" dan "selamat malam".

Lihat Komen
ADS