Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tak semua kecam pengarah Guardians Of The Galaxy
Diterbitkan:  Jul 22, 2018 7:02 PM
Dikemaskini: 12:44 PM

Dipecat daripada tugasan lumayan mengarahkan siri ketiga filem Guardians Of The Galaxy tidak semua orang berpuas hati dan menjarakkan diri daripada James Gunn.

Malah sutradara itu mendapat sokongan daripada antara bintang utama filem fiksyen sains tersebut, Michael Rooker, Dave Bautista dan Sean Gunn.

Bautista milsanya tidak cepat melatah dan menampilkan dirinya mengecam pengarah terbabit. Sebaliknya Bautista, 49, bersikap sederhana.

"James sudah melakukan kesilapan. Tapi semua orang pernah melakukan kesilapan," katanya yang membawa watak Drax The Destroyer dalam siri adiwira berkenaan.

Rooker bagaimanapun memilih untuk bersikap mencari jalan lebih selamat berbanding mempertahankan James.

"James Gunn tahu dia tersilap. Itu paling penting," ciapnya di Twitter. Bagaimanapun kenyataan Rooker yang membawa watak Yondu Udonta itu kemudian 'ghaib' dari dunia maya.

James semalam dipecat daripada tugasnya sebagai pengarah Guardians Of The Galaxy siri ketiga yang sedang disiapkan.

Ambil tanggungjawab kesilapan dulu

Dia ialah pengarah untuk dua filem terdahulu.

Puncanya James, 51, didakwa mempersenda isu pedofilia serta masalah rogol melalui ciapannya bertahun-tahun lalu namun hanya dikesan semula baru-baru ini.

Pemecatan James itu diumum Pengerusi Walt Disney Studios.

"Sikap dan kenyataan James di Twitter tidak boleh dipertahankan dan tidak konsisten dengan nilai-nilai yang dibawa syarikat ini.

"Kami sudah memutuskan hubungan perniagaan dengan dia," kata Horn.

James kemudian memohon maaf atas ciapan tersebut.

Katanya ciapan dibuat hampir 10 tahun lalu tidak sepatutnya dibuat walaupun asalnya bertujuan untuk memprovokasi semata-mata.

Mengakuinya ia sebagai satu ciapan yang "bodoh" James mendakwa dia menyesali kenyataan itu dan tidak lucu sama sekali.

"Saya memahami dan menerima keputusan dibuat Walt Disney Studios dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan saya," katanya.

Sementara itu adik James, Sean pula menggunakan media sosial untuk menjelaskan bahawa pengarah itu sudah berubah sejak beberapa tahun lalu.

Kata Sean, 44, dia berbangga dengan peribadi James yang baik, pemudah serta menghargai orang lain, termasuk individu yang bukan kenalannya.


Baca Dituduh menipu Raja Ilya kata bye bye


"Saya harap anda tahu bahawa saya sayang dan menyokong James," katanya.

Ciapan yang dipertikaikan itu dihantar James antara 2009 dan 2012. Dia bergurau di media sosial dengan menggunakan isu pedofilia dan masalah rogol.

Namun sebuah laman sesawang berita konservatif menimbulkan semula ciatan tersebut.

James memulakan kerjayanya di Hollywood sebagai penulis skrip untuk filem Scooby-Doo dan pembikinan semula Dawn Of The Dead pada awal 2000.

Dia juga menjadi penerbit eksekutif filem Avengers: Infinity War yang menjana perolehan kasar sebanyak AS$2 bilion di seluruh dunia.

Setakat ini Walt Disney Studios belum mengumumkan pengarah gantian bagi filem ketiga Guardians Of The Galaxy.

Lihat Komen
ADS