Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Bunkface cipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018
Diterbitkan:  Jul 27, 2018 4:57 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Kumpulan Bunkface yang terkenal dengan muzik pop punk mencipta lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ ciptaan vokalisnya, Sam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dilaporkan berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih lagu berentak pop itu daripada beberapa lagu yang dihantar untuk pemilihan.

“Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta,” kata Gobind.

Menurut beliau lagi, lagu itu bakal dialunkan dalam siaran media rasmi bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Gobind berkata sambutan tahun ini bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ dan Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti.

Sementara itu, bagi kempen jelajah mengibar bendera Jalur Gemilang pula akan bermula dari Pulau Pinang dan berakhir di Sabah pada sambutan Hari Malaysia 2018.

“Pulau Pinang dipilih kerana kita mahu kempen jelajah kibar jalur gemilang bermula di utara (Semenanjung Malaysia) ke Putrajaya dan seterusnya berakhir di Sabah untuk sambutan Hari Malaysia 2018,” maklum beliau.

Beliau berkata sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan Perdana Menteri pada 4 Ogos.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS