Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Syafiq Kyle hilang RM40,000: Bukan rezeki saya
Diterbitkan:  Jul 30, 2018 4:21 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Pelakon Syafiq Kyle mengaku terpedaya hingga mengalami kerugian hampir RM40,000 selepas menerima panggilan telefon daripada pihak yang melakukan sindiket penipuan wang haram.

Peristiwa hitam yang berlaku Sabtu lalu itu kata Syafiq, 26, berlaku dalam sekelip mata, malah dia percaya bulat-bulat lakonan yang dianggap begitu meyakinkan itu.

“Mereka yang menyamar sebagai pihak bank dan pihak berkuasa meminta saya memasukkan wang ke akaun yang diberikan kerana kononnya saya pernah melakukan kesalahan.

“Semuanya berlaku dengan pantas kerana ‘lakonan’ mereka menerusi panggilan telefon bimbit yang diterima benar-benar menjadi.

“Sungguhpun begitu, saya reda dengan apa yang telah berlaku. Mungkin bukan rezeki saya,” katanya dipetik Kosmo Online.

Pelakon drama bersiri Nur itu memaklumkan telah membuat laporan di Balai Polis Tun Abdul Razak.

Pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak menggesa orang ramai agar tidak mudah terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon yang meragukan.

“Saya dapati kes sebegini semakin berleluasa sehingga menyebabkan seseorang itu boleh mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.

“Justeru, saya berharap agar orang ramai lebih berhati-hati apabila menerima panggilan mencurigakan, khususnya yang melibatkan perkara yang tidak pernah anda lakukan,” katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS