Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Neelofa kena kecam lagi
Diterbitkan:  Aug 10, 2018 10:11 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

Sekali lagi, Neelofa mengundang perhatian umum apabila penampilannya dikecam gara-gara dianggap mencolok mata.

Pengacara sensasi itu dilihat mengenakan pakaian ketat sehingga menunjukkan aset pada tubuhnya.

Kejadian itu berlaku ketika Neelofa memperagakan jenama antarabangsa di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018 di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota malam semalam.

Kecaman netizen antaranya kecewa kerana sebagai seorang artis muslimah dan berstatus hajah, Neelofa, 29, wajar menjaga penampilannya agar lebih sopan.

“Hajah @neelofa... tak berubah rupanya... ingatkan dah insaf.. makin berani... Umat Nabi Muhammad makin berubah arah.... Ya Allah.. takutnya…,” kata pengguna akaun aku_faz23.

Selain teguran mengenai pakaian ketat, netizen turut mempertikaikan gaya pakaian Neelofa yang diibaratkan saling tak tumpah seperti watak dalam filem fiksyen Harry Potter.

Ia disebabkan saiz penutup kepala dan jaket yang digunakannya dianggap terlalu besar dan tidak sesuai.

“Fesyen Lofa tak ubah seperti Professor Quirrel dalam Harry Potter 1. Kesian,” kata pengguna akaun nurafiqahabadi.

Ada juga yang menasihati Neelofa supaya tidak menerima lagi tawaran menjadi seorang model peragaan pentas kerana cara jalannya yang dilihat kasar.

“Kayu,” kata pengguna umirockss.

Seorang lagi pengguna @miera_norm berkata: “Saya tidak merungut, saya sayang kamu Lofa, tetapi itu bukan catwalk.”

KLFW berlangsung bermula 8 hingga 12 Ogos ini bagi meraikan peminat dan penggiat industri fesyen tempatan.

Sementara itu pengurus Neelofa, Mohd Amer Syafiq Khalip atau Shawn Amer yang dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan reaksinya mengenai isu itu enggan memberi sebarang komen.

Lihat Komen
ADS