Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Wardina loya saksi tarian gegarkan payudara
Diterbitkan:  Aug 20, 2018 4:07 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Personaliti televisyen Wardina Safiyyah menempelak aksi dianggap melampau membabitkan selebriti didakwa transgender, Lucinta Luna, pengusaha kosmetik Nur Sajat serta jutawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Melalui klip video pendek dimuat naik di media sosial itu ketiga-tiga mereka menari dengan iringan lagu Bobo Di Mana dan menyebabkan buah dada penghibur dari Indonesia itu bergoyang-goyang dengan ketara.

Ia dimuat naik Aliff Syukri di Instagram miliknya.

Menurut Aliff Syukri tarian berkenaan bertujuan mempromosi lagu Bobo Di Mana.

Mengulas mengenainya Wardina menggesa Aliff Syukri memadamkan video berkenaan kerana beranggapan aksi dipamerkan amat tidak bersesuaian menjadi tatapan umum.

"Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato'... saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah.

"Ini terlalu melampau. Terlalu bodoh dan amat meloyakan. Mohon Dato padam video IG wanita yang menari sambil menggoyangkan buah dadanya ke atas dan ke bawah," katanya di Facebook hari ini.

Sudah melampau batas

Wardina yang sebelum ini pernah menjadi pelakon berkata pada awalnya dia enggan memberikan sebarang komen megenai klip itu.

"Disgusting (menjijikkan). Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya. Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak," katanya lagi.

Menurut pelakon siri komedi Spanar Jaya itu, seseorang yang mempunyai kekayaan seperti Aliff Syukri tidak perlu mencari publisiti murahan, sebaliknya wajar menyebarkan maklumat berfaedah kepada masyarakat.

"Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini.

"Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya wallahualam," katanya.

Bagaimanapun, komen itu dibuat Wardina sebelum dia maklum mengenai jantina kedua-dua selebriti berkenaan.

"Saya baru dapat tahu mereka bukan wanita. Saya pernah lihat perkara lebih bodoh sebelum ini.

"Tetapi saya rasakan dia sudah melampau batas di sini. Dato tak perlu buat begini Dato...

"Saya masih boleh terima Dato Vida... tetapi this is another level (ini sudah tahap lain)," katanya.

 

 

Lihat Komen
ADS