Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Zizan: Tegur cara rasul, bukan kejar populariti
Diterbitkan:  Sep 3, 2018 8:28 PM
Dikemaskini: Sep 4, 2018 12:47 AM

Zizan Razak berpendapat seseorang yang ingin memberikan nasihat wajar berhemah dan boleh belajar daripada kaedah Rasulullah SAW yang memang berdepan pelbagai ragam dan kerenah masyarakat.

Dalam perkongsian terbaru di media sosial, pelakon dan pelawak itu menegaskan tidak wajar untuk seseorang memberikan teguran semata-mata mengejar populariti.

“Ikut tegur cara kamu atau tegur cara rasul lagi halus lagi salute (sanjung) lagi cinta sayang kamu.

“Kejar likes kejar viral biar tahu tatasusila masih tahu duduk bersila,” katanya secara sinis di Instagram.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas maksud atau kepada siapa pesanan itu ditujukan, netizen membuat spekulasi ia mempunyai kaitan dengan teguran dan kritikan secara terbuka diberikan kepada Zizan baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh seorang penceramah bebas yang juga peserta program Pendakwah Milenia musim kedua di akaun Instagramnya.

Zizan yang juga bertindak sebagai hos program Jozan Live disifatkan tidak menghormati ilmu agama dan takzirah disampaikan Juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias.

Rancangan yang diterbitkan Astro itu turut dihoskan oleh seorang lagi pelawak, Johan.

Sewaktu menemu bual Azman, Zizan dan Johan dilihat selalu mencelah sekali gus menunjukkan mereka seolah-olah kurang beradab.

Turut hadir memeriahkan acara adalah dua rakan artis wanita, Diana Danielle dan Zahirah McWilson.

Menurut peserta Pendakwah Milenia terbabit, kedua-dua hos berkenaan perlu berdiam seketika bukannya sewaktu tazkirah disampaikan.

Dalam status seterusnya, Zizah berkata, keikhlasan beramal tidak dapat ditunjukkan atau diukur, sebaliknya amalan itu hanya diketahui Allah.

“Senyumlah wahai manusia sekian alam. Kerana keikhlasan dihati hanya kamu dengan Allah sahaja yang tahu.

“Kerana itu juga nikmat kamu. Rasa itu juga rezeki kamu. Syukur dengan Rahmat yang sentiasa Allah berikan pada kita semua,” katanya.

Lihat Komen
ADS