Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
PPKMM anjur pameran seni khat siswa Malaysia di Mesir

Persatuan Penulis Khat Malaysia Mesir (PPKMM), dengan kerjasama Education Malaysia Egypt (EME) dan Persatuan Seni Khat Mesir, telah menganjurkan Pameran Seni Khat Mahasiswa Malaysia Mesir selama dua hari yang bermula semalam di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Mohd Haniff Abd Rahman, berkata pameran yang julung kali diadakan itu bertujuan memperkenal dan memupuk perasaan cinta terhadap satu daripada cabang kesenian Islam iaitu seni khat.

“Pameran ini berpotensi menjadi satu wadah atau platform bagi para pelajar Malaysia yang berminat dan berbakat dalam bidang seni khat untuk mempamerkan karya mereka.

"Saya berharap PPKMM dapat mencungkil lebih banyak bakat baharu dalam bidang ini, seterusnya mengharumkan nama Malaysia dalam bidang penulisan khat,” katanya dalam ucapan perasmian pameran itu pada Isnin.

Teks ucapan beliau dikeluarkan kepada Bernama pada Selasa.

Sejumlah 41 karya yang dihasilkan oleh 22 peserta dipamerkan dan antara jenis khat yang diketengah ialah Riq'ah, Kufi, Diwani, Thuluth serta Nasakh.

Mohd Hanif turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pameran itu dan berharap ia akan menjadi acara tahunan PKKMM.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia Mesir, Duta Usamah el-Eshery, beberapa pegawai tertinggi Universiti Al-Azhar, para penggiat seni khat Mesir, para pegawai Kedutaan Malaysia di Mesir dan penuntut Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS