Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Panggung hangat tapi di mana datanya?
Diterbitkan:  Sep 5, 2018 4:53 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Sambutan menggalakkan filem Melayu di panggung wayang sekarang ini wajar dimanfaatkan dengan mengumpulkan data penonton, kata pengarah filem terkemuka Dr Mahadi J Murat.

“Data kepenontonan ini bersama maklumat lain sangat penting bagi digunakan sebagai bahan rujukan, perancangan dan sumber bagi kalangan penerbit merencana aktiviti penerbitan mereka,” kata presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA).

Filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof dan Hantu Kak Limah hasil buah tangan Mamat Khalid dilapor mengutip kutipan amat memberangsangkan.

Setakat kelmarin, Munafik 2 dilapor “menggila” di pawagam apabila mengutip RM21.6 juta hanya selepas empat hari ditayangkan.

Hantu Kak Limah sebelum ini mengutip RM9 juta dalam tempoh sama.

Dalam kenyataan hari ini, Mahadi berpendapat peranan itu harus dijalankan oleh Persatuan Pengelur Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai kapasiti dan akses kepada penerbit, pawagam, pengedar filem dan agensi berkaitan.

“Data yang lengkap juga dapat membantu persatuan menggunakan fakta yang kukuh untuk memperjuangkan matlamat mereka.

“Disarankan juga PFM menubuhkan bank data perfileman yang lengkap untuk menjadikannya “institusi” yang penting, sekiranya belum diadakan,” katanya.

Sementara itu, mengulas fenomena meriahnya sambutan terhadap filem Melayu akhir-akhir ini, Mahadi berkata perkara itu memperlihatkan sikap prejudis terhadap filem itu telah mula terhakis.

Lihat Komen
ADS