Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Andy Lau pun puji Hantu Kak Limah
Diterbitkan:  Sep 6, 2018 12:59 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Kejayaan kutipan diraih filem Hantu Kak Limah yang hampir mencecah RM40 juta turut diraikan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau.

Andy menyifatkan jumlah kutipan pecah panggung berkenaan merupakan satu kejayaan besar buat pelakon, produksi dan krew yang menyiapkan naskhah arahan Mamat Khalid itu.

“Tahniah untuk filem Hantu Kak Limah, ini merupakan satu kejayaan besar untuk kita semua,” katanya ringkas seperti dipetik Mstar Online.

Hantu Kak Limah sudah mengutip RM36 juta dalam tempoh 24 hari tayangan sejak 9 Ogos lalu.

Lau hadir memberi kejutan kepada hadirin sewaktu majlis “Together-Gether” anjuran penerbit di sebuah kompleks beli-belah semalam.

Namun, kehadiran itu bukan sesuatu yang pelik.

Pelakon Shaolin itu merupakan salah seorang pengasas Infinitus Entertainment Group – syarikat gergasi yang menerbitkan Hantu Kak Limah dengan kerjasama Astro Shaw.

Lau, yang mendirikan rumahnya dengan orang Malaysia, juga penaung syarikat produksi berkenaan.

Hantu Kak Limah dijayakan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Datuk Awie, Delimawati, Mus May, Jue Aziz dan Ropie.

Lihat Komen
ADS