Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Hassan nasihat Alicia: Jangan bela anjing tanpa sebab munasabah

Tindakan model kontroversi Alicia Amin memuat naik gambar dia bersama seekor anjing menjadi pertikaian sesetengah pihak.

Menurut juara Imam Muda musim kedua Mohd Hassan Adli Yahaya, seseorang umat Islam yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan hukumnya bertentangan dengan mazhab syafie.

"Islam ambil berat air liur anjing kerana ia najis malah malaikat juga tidak masuk dalam rumah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam pemilik nama penuh Raja Alicia Raja Amin memuat naik gambar anjing peliharaannya yang dibela sejak kecil.

Dalam posting berkenaan bekas peserta Asia's Next Top Model musim kelima itu berkongsi kesedihannya selepas kehilangan haiwan kesayangannya itu buat selama-lamanya.

Menjelaskan lebih lanjut kata Hassan, menyentuh anjing tanpa tujuan munasabah ibarat mempermainkan akhlak dan sepatutnya ia tidak wajar terjadi.

Walaupun umat Islam boleh menyucikan diri daripada najis mughalazah dengan menyertu anggota badan yang bersentuhan dengan anjing namun konsep itu tidak seharusnya diambil mudah.

'Besok nak mati boleh taubat'

"Pegang biarlah dalam keadaan tertentu seperti bekerja sebagai doktor haiwan atau menggunakan anjing dalam perburuan misalnya.

"Islam memang mudah tetapi perbuatan seperti ini mempermainkan agama.

"Ia seolah-olah tak apa Tuhan akan ampunkan, besok nak mati boleh bertaubat.

"Jangan gunakan Islam macam tu, perkara seperti ini menyebabkan lebih ramai orang akan ambil mudah mengenai dosa," katanya.

Islam tidak memandang keji pada haiwan seperti anjing namun bagi Hassan larangan yang diperintahkan ke atas penganut ajaran itu pasti mempunyai hikmah.

"Apabila Allah atau Nabi Muhammad melarang sesuatu kita umat Islam harus taat tanpa mempersoalkan perintah yang disuruh.

"Ambil larangan sebagai nombor satu hujah yang kedua.

"Ambil contoh perintah dikenakan ke atas Nabi Musa yang disuruh jalan ke laut mati. Nabi Musa turutkan perintah tanpa mempersoalkan perkara itu," katanya.

Lihat Komen
ADS