Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan

Hillary Ang kekal selesa mengunci mulut walaupun berdepan pelbagai dakwaan kerana menarik diri daripada kumpulan Prime Domestic.

"Saya tak ada apa nak cakap lagi," kata Hillary ketika ditemui pada sidang media pengumuman Showcase Datuk Awie dan Dragon Malaya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas pemain gitar Prime Domestik itu sebaliknya mengakui dia sudah tidak lagi memikirkan kemelut yang melanda hidupnya dan kumpulan berkenaan.

"Saya tidak lagi mahu memikirkan apa yang pernah berlaku.

"Bagi saya perkara itu sudah berlalu," kata gitaris yang pernah menganggotai kumpulan Search itu.

Terdahulu, pengurus Noh Alonso mendakwa Hillary bersikap tikam belakang dengan memburuk-burukkan nama Joe kepada pihak luar.

Perkara itu mengakibatkan Joe yang bertindak sebagai ketua kumpulan dan pemain gitar kecewa.

Selain Hillary, turut meninggalkan kumpulan berkenaan adalah vokalis Aweera dan Fauzi.

Prime Domestic yang kini ingin dikenali sebagai PrimeD sejak Julai lalu hanya dianggotai Joe dan Ainol (dram).

Joe pula mendakwa timbul isu wang selain perlu masuk campur hal peribadi Hillary yang membuatkannya terkilan.

Hillary dan Fauzi kini bergabung dalam Hillary Ang Project yang turut dianggotai Kudin Headwind (keyboard), Elji (vokalis) dan Pae (dram).

Mereka bakal membuka tirai dalam Showcase Awie bersama Dragon Malaya pada 28 Oktober ini.

Persembahan itu akan diadakan di bangunan G Tower yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Lihat Komen
ADS