Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Setelah menyatakan kesediaan untuk dikecam sebelum ini ekoran babak berkemban dalam filem Langsuir, Hannah Delisha kini menjelaskan sebab mengapa ia tidak dapat dielakkan.

Menurut pelakon kelahiran Singapura itu, dia pada mulanya meminta kebenaran pengarah Osman Ali agar turut mengenakan baju untuk babak mandi dalam filem itu.

"Watak langsuir itu berasal daripada wanita yang hidup pada zaman lampau. Ketika itu golongan wanita biasa mandi berkemban," katanya.

Katanya lagi, orang lazimnya tidak berpakaian ketika mandi, justeru babak mandi berkemban itu diharap tidak seharusnya menjadi isu.

Justeru Hannah, 20 tahun, akhirnya akur dengan arahan pengarah untuk menjayakan babak itu dengan berkemban menggunakan kain pelikat.

Pemilik nama penuh Hannah Adlina Blackburne Birch ditemui ketika sesi pratonton Langsuir di Mutiara Damansara, Petaling Jaya malam tadi.

Selain Hannah filem bergenre seram romantik itu membariskan Syafiq Kyle, Juliana Farhana Marin, Firdaus Nadxaman, Shah Hakimi Amin, Halim Radzi dan Nazri John.

Ia mengisahkan watak bernama Azlan (Syafiq Kyle) yang jatuh cinta dengan langsuir bernama Suri (Hannah) yang menjelmakan dirinya sebagai gadis jelita.

Ia berlaku ketika Azlan dan rakan-rakannya mengembara ke sebuah pulau bernama Pulau Langsuir. Hubungan mereka berdepan cabaran apabila rakan-rakan Azlan berniat jahat terhadap Suri.

Langsuir merupakan filem pertama yang mempertemukan Hannah dan Syafiq. sebelum ini mereka bergandingan dalam drama bersiri popular, Mencitaimu Mr Photographer.

Filem itu dijangka menjengah pawagam bermula 20 September ini.

Kata wanita berdarah kacukan Inggeris-Melayu itu lagi, dia bersyukur kerana menerusi filem itu berpeluang mendalami ilmu dengan pelakon Ellie Suriati Omar.

“Dia seorang legenda. Bahasa tubuh dan pergerakan semua saya belajar daripada dia. Kami akan belek setiap skrip helai demi helai.

“Selain itu, untuk mendapatkan mood sebagai Suri, saya juga mendengar lagu-lagu tradisional Jawa dan gamelan,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS