Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sunat pun tidak lagi, kata Aeril Zafril
Diterbitkan:  Sep 17, 2018 3:31 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

Bukan sama sekali - itu yang ditegaskan pelakon Aeril Zafril apabila namanya dikaitkan dengan siri gambar bogel yang mejadi tular di media sosial beberapa hari lalu.

Justeru untuk meyakinkan orang ramai bahawa lelaki dalam gambar yang tersebar itu bukan dirinya pelakon drama bersiri Cinta Jannah dan Patahnya Sebelah Sayap itu tidak teragak-agak melafazkan sumpah.

"Wallohi watallohi wabillahi itu bukan saya," katanya pada status dimuat naik di media sosial kira-kira 20 jam lalu.

Menurut Aeril, pihak yang mengaitkan gambar itu dengan dirinya dipercayai mempunyai agenda untuk menjatuhkan reputasi dan kredibilitinya sebagai anak seni yang bergiat aktif sejak lebih 10 tahun lalu.

Katanya dia sendiri mengetahui kewujudan gambar tersebut selepas diberikan oleh wartawan.

"Cubaan keji yang cuba mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini.

Aeril, 29, turut menunjukkan bukti bahawa lelaki yang bergambar itu bukan dirinya. Bukti Aeril ialah, lelaki terbabit tidak berkhatan.

"Sunat pun tak lagi yang dalam gambar tu," katanya

Bagaimanapun, melalui semakan Malaysiakini petang ini imej terbabit sudah diturunkan.

Aeril juga mengambil sikap pasrah dan menyerahkan isu itu kepada Allah agar individu yang bertanggungjawab menyebarkannya diberi balasan setimpal.

"Biarlah Allah yang memberi balasan pada yang berterusan niat memfitnah," katanya.

Lihat Komen
ADS