Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Yuna berang foto perkahwinannya tidak dikredit
Diterbitkan:  Sep 20, 2018 2:19 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna dilaporkan telah membuat tuntutan terhadap majalah Brides kerana menggunakan foto perkahwinannya tanpa memberikan kredit kepadanya.

Yuna dalam ciapan di Twitter awal pagi Selasa lalu berkata majalah tersebut sepatutnya memberikan kredit kepadanya dan jika tidak sekalipun kredit harus diberikan kepada jurugambar yang merakamkan detik manis perkahwinan penyanyi itu sebelum mencetaknya.

Foto perkahwinan Yuna dicetak dalam artikel majalah tersebut dengan memaparkan model warga Afrika Selatan, Amanda Dilima yang memakai selendang tradisional Xhosanya.

Menurut Yuna lagi, wujud salah faham antara dirinya dengan model Afrika Selatan itu, yang mana Brides merujuk penyanyi itu sebagai Dilima hanya kerana kedua-dua mereka memakai tudung pada hari perkahwinan mereka.

Brides adalah majalah pengantin mingguan keluaran Amerika Syarikat.
Sementara itu, Yuna dalam hantaran Instagram juga berkata dia akan lebih gemnbira untuk memberikan Brides satu cerita dan gambar yang bagus jika mereka sendiri berjumpa dengannya.

Katanya, banyak pihak telah bekerja keras untuk impian perkahwinan idamannya menjadi nyata dan bukan hanya untuk satu pameran fesyen perkahwinan untuk tudung kepala.

"Saya bukan gadis (yang dipandang) secara rambang. Ia perkahwinan yang benar. Tolonglah jangan curi gambar kami," kata Yuna yang menjelaskan pernikahan itu, "seratus peratus buatan Malaysia."

Lihat Komen
ADS