Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Kumpulan Seni Persembahan Universiti Teknologi Petronas (UPAG) berjaya menduduki tempat kedua pertandingan Festival Tarian Dunia Cheonan di Korea Selatan pada acara yang menutup tirainya hujung minggu lalu.

Mereka yang merupakan wakil tunggal Malaysia ke festival berkenaan membawa pulang wang tunai hampir RM10,000 selepas mencatat kejayaan dalam kategori tariah perarakan jalanan.

UPAG yang dianggotai 25 pelajar mengalahkan wakil dari 18 negara lain.

Tempat pertama kategori itu dimenangi Afrika Selatan.

Festival Tarian Dunia Cheonan yang berlangsung selama lima hari mulai 12 September itu menyaksikan UPAG berentap dengan negara lain seperti Sepanyol, Korea Selatan, China, Slovakia, Afrika Selatan, Thailand, Mexico, Indonesia dan Brazil

UPAG menghantar wakilnya bertanding melalui empat kategori iaitu tarian rakyat antarabangsa, tariah perarakan jalanan, solo dan berduet, serta tarian lucu.

UPAG turut membawa pulang hadiah tempat ketiga untuk kategori tarian rakyat.

Bagi kategori itu, UPAG membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000 selepas terpaksa akur kepada kehebatan peserta Afrika Selatan dan Mexico.

Selain itu, Malaysia turut mendapat pengiktirafan anugerah khas iaitu Best Activity Country Award.

Anugerah berkenaan diberi kepada negara-negara yang aktif menjalankan aktiviti kesenian.

Antara negara lain turut menerima anugerah berkenaan adalah Turki, Poland, Brazil dan Serbia.

Ia adalah penyertaan kelima UPAG pada Festival Tarian Dunia Cheonan yang menyambut ulang tahunnya yang ke-15.

Lihat Komen
ADS