Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) memandang serius hantaran tular yang mendakwa penyanyi popular tanah air Saleem Iklim meninggal dunia awal pagi tadi.

SENIMAN ingin mengesahkan bahawa Saleem masih dirawat di Hospital Kajang dan diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh pihak hospital.

Keadaan beliau dilaporkan stabil setakat ini.

SENIMAN juga mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang hanya mahu mengelirukan masyarakat serta sikap tidak memikirkan perasaan keluarga Saleem.

Kami memohon agar masyarakat tidak terpedaya dengan berita yang tular.

Sebarang maklumat lanjut tentang perkembangan Saleem akan kami maklumkan kepada umum dari masa ke semasa.

Sama-sama kita menadah tangan memohon kepada Allah agar Saleem segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Seluruh kepimpinan tertinggi, exco serta anggota SENIMAN berharap agar Allah melindungi Saleem dan memudahkan penyembuhannya.


HAFIZ NAFIAH ialah setiausaha agung SENIMAN.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS