Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Diangkat Juara i-Sing Dunia, Syafeek Ikhwan sebak
Diterbitkan:  Sep 24, 2018 11:42 AM
Dikemaskini: 7:55 AM

Penyanyi berbakat besar, Syafeek Ikhwan diangkat sebagai Juara pertandingan i-Sing Dunia 2018 yang diadakan di Paris, Perancis malam tadi.

Syafeek yang menang pada kategori solo menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 10,336 (AS$2,500) berserta trofi dan berkongsi perasaan bersyukurnya atas kemenangan yang diperolehi.

Syafeek, 30, berkata dia tidak dapat menahan sebak sebaik lagu Negaraku mulai berkumandang sebagai memberi penghormatan kepada si juara.

“Allahuakbar. Dengan izin Allah, berkat doa semua, ini saja yang mampu saya hadiahkan untuk negara.

“Hanya Allah yang tahu sebak dalam hati saat berkumandang lagu Negaraku di dalam dewan yang sarat dengan warga dari pelbagai negara, di tengah Kota Cinta,” katanya di Instagram.

Syafeek yang pernah hadir dengan single Tanpa Arah dan Teka-Teki itu adalah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi daripada Universiti de Nice Sophia Antipolis, Perancis.

Ubat rindu lepas tamat pengajian

Sebelum ini dia pernah menyatakan keinginannya untuk kembali menjejakkan kaki ke bumi Eropah bagi mengubat rindu selepas lama menamatkan pengajian pada 2010.

Dalam pada itu Syafeek juga berterima kasih di atas sokongan ramai yang mendoakannya hingga berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

“Terima kasih untuk kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih untuk sumbangan. Terima kasih untuk segalanya.

“Ini untuk Malaysia walau mungkin tidak seberapa, daripada insan yang hampir tidak disedari kelibatnya. Terima kasih,” katanya.

Platform nyanyian peringkat antarabangsa i-Sing Dunia yang dianjurkan lima hari bermula dari 18 September di Paris itu disertai 40 buah negara dan 80 peserta.

Lihat Komen
ADS