Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
L Storm kuasai carta pecah panggung di China
Diterbitkan:  Sep 26, 2018 4:00 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Filem aksi ngeri Hong Kong, ‘L Storm’ terus mendominasi carta pecah panggung di tanah besar China pada 23 Sept, lapor agensi berita Xinhua memetik China Film News.

Filem ketiga dalam francais Storm telah mengaut keuntungan sebanyak 369 juta yuan (AS$53.7 juta) sejak ia ditayangkan di tanah besar China pada 14 Sept.

Filem aksi domestik, ‘Golden Job’ berada di tempat kedua selepas menjana sejumlah 157 juta yuan dalam carta pecah panggung sejak ia mula ditayangkan pada 21 Sept.

Sementara itu, filem penuh aksi keluaran Paramount, ‘Mission: Impossible - Fallout’, berada di tempat ketika dengan jualan tiket bernilai hampir 1.2 bilion yuan dalam carta sama selepas menemui penonton di pawagam pada 31 Ogos.

Filem China yang berkisar tentang perkembangan remaja ke alam dewasa, ‘Cry Me a Sad River’ berada di tempat keempat selepas meraih pendapatan hampir 78 juta yuan sejak ditayangkan pada 21 Sept.

Berada di tempat kelima ranking teratas ialah filem jenayah domestik, ‘Ash Is Purest White,’ arahan Jia Zhangke dengan jumlah kutipan dalam carta pecah panggung sebanyak 40.9 juta yuan sejak mula ditayangkan pada 21 Sept.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS