Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Di mana Intan Najuwa?
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 4:11 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

Polis sedang mengesan seorang pelakon wanita Intan Najuwa Abd Wahid untuk menjadi saksi perbicaraan membabitkan kes dadah.

Jurucakap polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berkata pelakon berusia 21 tahun terbabit diperlukan untuk kes melibatkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 itu.

Katanya turut dicari bagi menjadi saksi kes sama ialah dua individu lain dikenali sebagai Anwaruddin Mohd Izzuddin, 21, dan Mohd Nizam Ali, 37.

“Semua mereka merupakan saksi penting dan dikehendaki hadir pada 8 hingga 10 Oktober ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Baca Polis cari, Intan Najuwa pun tampil


Menurut jurucakap terbabit orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tiga saksi yang dikehendaki itu boleh berhubung dengan Inspektor Fitri Farhan Wan Chik di talian 017-2952202.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS