Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
'Kalau kau dekat tempat orang tu pun, lunyai kau kena'
Diterbitkan:  Oct 18, 2018 3:58 PM
Dikemaskini: 8:03 AM

Shukri Yahaya berang apabila seorang pendatang baru didakwa tidak mengaplikasikan teknik lakonan yang betul hingga menimbulkan masalah semasa penggambaran berlangsung.

Kata aktor itu, seseorang yang tidak menguasai teknik lakonan terutama yang memerlukan ia melakonkan babak aksi akan mendatangkan kecederaan kepada pelakon lain yang sama-sama menjayakan naskhah berkenaan.

“Harap selepas ini penerbit atau pengarah carilah pelakon baru atau tambahan yang boleh berlakon, jangan menyusahkan semua.

“Aku tahu kamu yang baru mahu menunjukkan yang kamu boleh berlakon, tapi takkan babak marah, pukul, kau nak pukul betul-betul? M****slah orang yang kena tu.

“Kalau kau dekat tempat orang tu pun, lunyai kau kena. Aku babak pukul, gaduh, jerit, marah, semua aku dah buat, tapi takdelah sampai m****s orang tu.

“Kata belajar berlakon dengan orang-orang hebat, ya betul ambil emosinya, tapi belajar juga tekniknya sekali,” katanya di Insta Story.

Menurut Shukri, 30, seorang pelakon yang bagus dan bijak akan sentiasa berusaha memantapkan teknik lakonan mereka dari masa ke semasa.

“Belajar cari kamera, teknik lempang, teknik pukul, semua ada teknik, sayang. Kau setuju ke kalau aku lempang, tendang, terajang kau betul-betul?

Shot kan banyak dalam satu babak. Kalau ada 10 shot, 10 kali kau nak lempang terajang orang tu? Atau kau kena? Pelakon yang bagus, adalah pelakon yang bijak,” katanya lagi.

Pelakon Andainya Takdir itu turut menggesa guru-guru kelas lakonan untuk mengambil perhatian berhubung perkara berkenaan.

Dia mencadangkan agar individu yang mengajar lakonan untuk turut menitikberatkan teknik lakonan, bukan cukup sekadar menyampaikan pelajaran berkaitan emosi di depan kamera.

“Untuk cikgu-cikgu kelas lakonan dekat luar tu, kalau boleh janganlah sekadar mengajar untuk melakonkan pelbagai emosi sahaja.

“Ajarlah teknik-tekniknya sekali. Sebab nama-nama anda yang mereka jual bila ditanya siapa pengajarnya. Berlakon adalah mengenai teknik, itu sebab ia dipanggil berlakon,” katanya.

Lihat Komen
ADS