Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sultan Nazrin luangkan masa tonton filem Paskal

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berangkat ke tayangan khas Paskal The Movie di sebuah pusat beli belah di ibu negara malam tadi.

Ketibaan baginda berdua disambut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin kira-kira 9 malam.

Baginda berdua meluangkan masa menonton tayangan filem yang memaparkan kehebatan Pasukan Khas Laut (Paskal) yang berdurasi sejam 50 minit, bersama kira-kira 100 penonton termasuk alumni Universiti Strathclyde, United Kingdom.

Sultan Nazrin Shah kemudian berkenan beramah mesra bersama barisan pelakon dan pengarah filem Adrian Teh.

"Sangat menarik. Harap selepas ini ada Paskal 2. Beta amat menyukainya," titah baginda.

Baginda berdua berangkat pulang meninggalkan majlis pada pukul 11.30 malam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS