Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Melda Ahmad - gadis misteri di sebalik Kau Takkan Tahu
Diterbitkan:  Oct 23, 2018 9:56 AM
Dikemaskini: 2:00 AM

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah pemilik suara merdu yang mengiringi lagu Kau Takkan Tahu nyanyian Zizan Razak.

Lagu yang dimuatnaik di Youtube pada 3 Ogos lalu telah mendapat 2.6 juta tontonan, klip video rasmi yang dimuatnaik 12 Oktober lalu pula mencatat 1.2 juta tontonan.

Bagi menjawab pertanyaan peminat, Zizan akhirnya memperkenalkan penyanyi itu ketika pelancaran rasmi klip video Kau Takkan Tahu pada 14 Oktober lalu.

"Kepada yang tertanya tanya siapakah penyanyi Kau Takkan Tahu, saya perkenalkan inilah orang yang bersuara merdu itu, Melda Ahmad, sopan santun budi pekerti lagi," kata penghibur kelahiran Terengganu itu di Instagram.

Setakat ini hantaran itu telah mendapat 61,464 likes dan 407 komen yang kebanyakannya memuji suara Melda. Malah ada yang mengatakan wajahnya iras pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

Melda, 27 tahun, melangkah ke dunia seni sebagai pemuzik bebas dengan membawa lagu sendiri seperti Kimia dan Putus sekitar 2009.

Setahun kemudian dia mengorak langkah dengan menjadi pelakon utama untuk drama realiti Gadis Semasa Sunsilk arahan Bernard Chauly.

Pemilik nama penuh Nur Amelda Ahmad itu kemudian menamatkan pengajian sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perniagaan muzik. Menamatkan zaman bujang pada 2013, dia dikurniakan seorang anak perempuan.

Selain Kimia dan Putus, dia juga pernah merakam single Cermin pada 2014 dan Aku adalah aku nukilan komposer terkenal Ajai untuk Gadis Semasa Sunsilk.

Menerusi Kau Takkan Tahu, anak muda serba boleh itu membuat kemunculan semula dalam dunia seni.

Lihat Komen
ADS